TANAM POKOK NANGKA DEMI KELESTARIAN TAPIR MALAYA

May 18, 2018

 

Hari itu hari yang cukup istimewa bagi Foo Hwei Jiek. Setelah teruja menyaksikan ibu tapir, Mala dan anaknya, Eli menikmati daun-daun nangka penuh berselera, Hwei Jiek kemudiannya menanam anak pokok nangka yang menjadi makanan sinonim hidupan liar unik tersebut.

 

Wanita yang merupakan Ketua Perdagangan Watsons Malaysia itu berasa cukup terharu. Watsons merupakan rangkaian farmasi terkenal di negara ini.“

 

Sudah lama saya teringin untuk menanam pokok, akhirnya hari ini saya dapat melakukannya. Walaupun ia cumalah pokok yang kecil, maknanya cukup besar bagi saya.“

 

Apa yang ditanam ini diharapkan akan tumbuh sebagai sumber makanan tapir-tapir untuk membolehkan ia menjadi tatapan generasi akan datang,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui usai acara penanaman pokok nangka bagi konservasi tapir di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor.

 

Sehari sebelum Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April lalu, seramai 15 pekerja Watsons bersama sekumpulan media telah ke pusat konservasi tersebut untuk menunjukkan keprihatinan terhadap haiwan di ambang kepupusan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Read more: http://www.kosmo.com.my/k2/infiniti/tanam-pokok-nangka-demi-kelestarian-tapir-malaya-1.673544

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Please reload

RECENT POSTS

Please reload

SEARCH BY TAGS
ARCHIVE
Please reload