FMT News: Pakar ekologi gesa Putrajaya cari alternatif ganti cukai karbon

October 23, 2018

   |

 

PETALING JAYA: Seorang pakar ekologi dan pencinta alam sekitar menggesa kerajaan mencari alternatif lain untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, khasnya karbon dioksida, jika tidak mahu memperkenalkan cukai karbon.

 

Andrew Sebastian berkata, kerajaan perlu mengambil langkah positif dan proaktif untuk mengawal pelepasan gas rumah hijau serta menangani perubahan iklim bagi mengelakkan dunia dilanda pelbagai bencana.

 

“Perbahasan cukai karbon sudah lama dibincangkan di seluruh dunia dan Malaysia.

 

“Kerajaan harus menukar kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan penggunaan bahan api bagi mengelakkan masalah perubahan iklim.

 

“Jika ia tidak dilaksanakan, ia akan membawa banyak kes bencana alam seperti kehilangan sumber makanan dan perubahan iklim,” katanya kepada FMT.

 

Sabtu lalu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dilaporkan berkata, kementeriannya tiada perancangan untuk melaksanakan cukai karbon bagi mengawal pelepasan karbon.

 

“Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh kita lakukan berhubung perubahan iklim seperti menukar campuran (bahan api) penjanaan elektrik kepada tenaga boleh diperbaharui bagi membolehkan kita mengurangkan keamatan karbon sebanyak 49% menjelang 2030.”

 

Pada 8 Oktober lalu, ahli ekonomi yang memenangi hadiah Nobel, Joseph Stiglitz mencadangkan Putrajaya memperkenalkan cukai baik untuk merangsang ekonomi negara.

 

Antaranya cukai karbon, cukai warisan, cukai keuntungan modal dan cukai hartanah untuk hartanah pegangan besar yang baik untuk ekonomi negara serta masyarakat.

 

“Saya berpendapat cukai karbon adalah cukai yang amat baik kerana ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi hijau dan dapat memacu negara ke arah masyarakat lebih inovatif dan hijau.”

 

Read more: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/23/pakar-ekologi-gesa-putrajaya-cari-alternatif-ganti-cukai-karbon/?fbclid=IwAR202RRIvLVZcI9uKpZgxCOaG4TKDlfVQSNfbHfNa070jXfNFA6s2XAMjRI

 

Share on Facebook
Please reload

RECENT POSTS

Please reload

SEARCH BY TAGS
ARCHIVE
Please reload