KOSMO ONLINE: 170 PELAJAR JAYAKAN HARI TAPIR SEDUNIA

April 27, 2019

 

JERANTUT - Seramai 170 pelajar sekolah menjayakan sambutan Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April setiap tahun di Taman Negara Kuala Tahan, di sini hari ini.

 

Program anjuran Persatuan Ekopelancongan dan Konservasi Malaysia (Ecomy) itu disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah dan Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Ecomy, Andrew Sebastian berkata, program tersebut turut disertai oleh 30 pelajar Orang Asli dari suku Bateq.

 

"Kita ingin memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai spesies tapir dan langkah-langkah pemuliharaan haiwan liar ini agar tidak diancam kepupusan.

 

"Kita telah merangka beberapa aktiviti termasuk membina replika tapir agar mereka mendapat manfaat daripada program ini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri sambutan yang diadakan di Mutiara Taman Negara, di sini hari ini.

 

Menurutnya, program tersebut juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak rakus meneroka hutan dan menebang balak sehingga memusnahkan habibat tapir. - K! ONLINE

 

Read more: http://www.kosmo.com.my/negara/170-pelajar-jayakan-hari-tapir-sedunia-1.890092?fbclid=IwAR1Tbjd_4MhK-4BRksfZXjK9kVnKSiYRih7mfcqPcV2HlacUklDjbxl2zE8​

Share on Facebook
Please reload

RECENT POSTS

Please reload

SEARCH BY TAGS
ARCHIVE