BisnesSinar: WATSONS SUMBANG RM29,775 KEPADA ECOMY

June 25, 2019

 

BERSEMPENA Hari Tapir Sedunia baru-baru ini, Watsons Malaysia melalui Naturals by Watsons dan barangan jenama Watsons mengumpul dana sebanyak RM29,775 melalui kempen We Hug Tapir yang diadakan dengan kerjasama Pocotee & Friends dan Ecotourism and Conservation Society Malaysia (Ecomy).

 

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, dana itu diperoleh melalui jualan Naturals by Watsons melibatkan barangan penjagaan diri dan rambut di mana setiap RM1 daripada barangan yang dijual disalurkan kepada kempen itu.

 

“Kempen itu berlangsung pada 1 April hingga 29 April lalu dan ia akan disalurkan kepada Ecomy untuk menyokong misi pemeliharaan habitat, tumbuhan dan hidupan liar Malaysia yang unik serta mempromosikan pelancongan mampan sebagai salah satu daripada unsur utama pemuliharaan,” katanya menerusi satu kenyataan media.

 

Caryn berkata, dana itu telah diberikan kepada Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Ecomy, Elena.

 

“Kempen ini diadakan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai tapir dan kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

 

“Dengan menyokong aktiviti pemuliharaan tapir, ia juga membantu untuk mewujudkan kesedaran dalam pemuliharaan hutan hujan dan habitat lain,” katanya.

 

Read More: https://www.bisnessinar.com/watsons-sumbang-rm29775-kepada-ecomy/

Share on Facebook
Please reload

RECENT POSTS

Please reload

SEARCH BY TAGS
ARCHIVE
Please reload