top of page

Program Ramalan Amaran Banjir (PRAB)

(Kelantan, Terengganu and Pahang)

Introduction

Kempen Amaran Dan Ramalan Informasi Banjir (KARIB)

Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) is a system under the Drainage and Drainage Department (DID) for the purpose of reducing the effects of flood disaster in the future. PRAB comprises four (4) key components namely Detection, Prediction Data Center, Prediction Modeling and Warnings. In this regard, awareness is one component that should be emphasized to target groups namely government agencies, private sectors, non-governmental organizations, communities and educational institutes.

Therefore, a Communication, Education and Public Awareness Program (CEPA) for the river basin of Sungai Pahang, Kelantan River and Terengganu River has been launched to assist in the monitoring of prediction and warning components. To bridge the PRAB system and the community, a specific campaign named Kempen Amaran dan Ramalan Informasi Banjir (KARIB) was created. KARIB aims to empower community to prepare them better on upcoming monsoon flood.

ECOMY is honoured to be given the trust to conduct the program for the educational component.  Our target are primary and secondary schools plus tertiary institutions to participate in KARIB.  KARIB aims to provide awareness to students with knowledge of PRAB, establishing a Rakan KARIB volunteer team among students and produce a holistic Rakan KARIB team to help raise awareness of flood forecasts and warnings.

Activities

11 – 12 April 2021 KARIB Am Perjumpaan bersama wakil Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

ECOMY ingin memanjangkan lagi usaha perjalanan Program KARIB Am bersama pihak universiti dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Justeru, perjumpaan bersama penyelaras universiti telah dilakukan seperti Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Usaha ini bagi melaksanakan program kesedaran tentang Kempen Amalan dan Ramalan Informasi Banjir (KARIB) yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Tujuannya adalah untuk memupuk kesedaran di kalangan pelajar universiti pengetahuan tentang banjir dan alam sekitar serta memupuk nilai kesukarelawanan dalam diri pelajar universiti tersebut.

11 April 2021 Rakan KARIB Sesi Perjumpaan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Perjumpaan bersama En Muzrimin dan En Azam dilakukan bagi membincangkan tentang kemajuan dan prestasi peserta Rakan KARIB SMK Seberang Temerloh dan SMK Seri Bera. Selain itu, pihak ECOMY ingin membincangkan cadangan kaedah pelaksanaan program yang bersesuaian dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini supaya pihak ECOMY dan JPN dapat memberikan pengalaman dan penyelesaian yang terbaik buat ahli Rakan KARIB dalam pelaksanaan aktiviti sepanjang Kempen Amaran dan Ramalan Informasi Banjir berlangsung (KARIB).

Rakan KARIB Sesi Orientasi 37.jpeg

8 – 10 April 2021 Rakan KARIB Sesi Perjumpaan bersama Guru Penyelaras dan Ketua Pelajar

Perjumpaan bersama Guru Penyelaras dan Ketua Peserta bersama ECOMY telah dijalankan untuk berbincang mengenai pergerakan Program Rakan KARIB dan isu-isu yang berbangkit semasa menjalani program tersebut. ECOMY telah mengemas kini pergerakan peserta Rakan KARIB kepada Guru Penyelaras iaitu peserta-peserta Rakan KARIB telah menjalani dua (2) Perjumpaan Bulanan bagi Projek Berkumpulan Rakan KARIB. Justeru itu, pihak ECOMY telah menyerahkan baju beserta lencana butang kepada guru penyelaras dan ketua pelajar untuk diagihkan kepada semua ahli Rakan KARIB supaya dapat menjadi dorongan kepada mereka untuk lebih bersemangat dalam menjalankan aktiviti sukarelawan Rakan KARIB.

Februari 2021 – Julai 2021 Rakan KARIB Pelan Gerak Kerja Berkumpulan

ECOMY telah menjalankan Pelan Gerak Kerja Berkumpulan bersama 35 buah kumpulan Rakan KARIB secara perjumpaan atas talian bagi menyokong saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memutuskan rantaian penyakit COVID19. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah dari negeri Pahang (SMK Seri Bera dan SMK Seberang Temerloh), Terengganu (SMK Matang dan SMK Tengku Ampuan Intan) dan Kelantan (SMK Pahi dan SMK Pengkalan Chepa 1).

Pelan Gerak Kerja Berkumpulan merupakan perancangan dan pelaksanaan projek yang bertemakan 'Banjir dan Alam Sekitar'. Perjumpaan akan diadakan sebanyak 5 kali bermula Februari 2021 sehingga Julai 2021.

Pelan ini dihasilkan bagi menyokong Kempen Amaran dan Ramalan Informasi Banjir (KARIB) dalam Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di bawah kelolaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

17 – 28 Disember 2020 Rakan KARIB Sesi Pemberian Sijil kepada Pemenang Video Pengenalan Diri Terbaik

Pihak ECOMY menjalankan perjumpaan bersama guru penyelaras program bagi memaklumkan pergerakan aktiviti terkini dan penyerahan sijil kepada pemenang video pengenalan diri terbaik yang merupakan tugasan pertama bagi Program KARIB secara ‘online’.

Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan 7 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera bagi tempat ketiga, ahli kumpulan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan bagi tempat kedua dan ahli kumpulan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 yang memenangi tempat pertama bagi video pengenalan diri terbaik. 
 

9 Disember 2020 – 1 Januari 2021 (Rakan KARIB Tugasan Ketiga)

 

Tugasan ketiga pula adalah sesi pengolahan idea kreatif dan inovatif dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula bagi memelihara alam sekitar. Peserta Rakan KARIB menghasilkan video mengenai ciptaan kreatif dan inovatif mengikut tema ‘Bumi yang Hijau’ secara berkumpulan dengan usaha pemeliharaan menggunakan barangan kitar semula dalam usaha mengurangkan sampah bagi pemeliharaan alam sekitar. Video yang dihasilkan mengikut tema lagu ‘Don’t Rush Challenge’ sambil menunjukkan hasil ciptaan tersebut.

Rakan KARIB Sesi Orientasi 13.jpg
Rakan KARIB Sesi Orientasi 14.jpg

18 – 30 November 2020 (Rakan KARIB Tugasan Kedua)

 

Tugasan kedua pula adalah sesi perbincangan Rakan KARIB bersama berkumpulan dengan memberi ulasan serta pemahaman dari filem ‘Flood’ (https://www.youtube.com/watch?v=re5_0tZ4-7w) di mana peserta akan menonton filem dan membuat rumusan serta perkaitan dengan banjir di Malaysia berdasarkan pemahaman masing-masing mengenai filem tersebut. Perbincangan tersebut boleh dihantar dalam bentuk video, poster, lukisan dan lain-lain mengikut inisiatif kumpulan masing-masing.

3 – 7 November 2020 (Rakan KARIB Tugasan Pertama)

 

Tugasan pertama bagi Program Orientasi merupakan sesi pengenalan diri peserta dalam bentuk rakaman video. Aktiviti ini merupakan satu wadah bagi peserta Rakan KARIB dari 6 buah sekolah yang terlibat mengenali antara satu sama lain sebagai asas pembinaan sebuah pasukan sukarelawan Rakan KARIB yang dapat bekerjasama dengan baik pada masa akan datang. Setiap peserta Rakan KARIB akan memperkenalkan diri, hobi dan cita-cita dengan cara yang paling kreatif secara berkumpulan. Setiap kumpulan memiliki maksimum 10 orang ahli kumpulan.

November 2020 Januari 2021 (Rakan KARIB Sesi Orientasi)


Pihak ECOMY telah menjalankan Program Orientasi bagi Program Rakan KARIB secara atas talian untuk memperkenalkan peserta mengenai kesedaran banjir. Fasilitator berkomunikasi dengan peserta Rakan KARIB melalui medium whatsapp yang telah ditubuhkan mengikut sekolah masing-masing.


Peserta diberi pendedahan mengenai maklumat banjir, masalah banjir berkaitan dengan persekitaran dan sistem peringatan banjir sebagai saranan dan galakan kepada mereka untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan Rakan KARIB. Program orientasi ini juga adalah usaha untuk penyesuaian diri antara ahli Rakan KARIB dengan fasilitator.

Rakan KARIB Sesi Orientasi 1.jpeg
Rakan KARIB Sesi Orientasi 2.jpeg

10th September 2020 (Rakan KARIB Briefing Session)


ECOMY has successfully conducted a Briefing Session of the Rakan KARIB Program which aims to provide exposure and understanding on the implementation of the Rakan KARIB’s modules to principals and two (2) accompanying teachers from six schools namely SMK Seberang Temerloh, SMK Seri Bera, SMK Matang, SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Pahi and SMK Pengkalan Chepa.


This briefing session was attended by Ir. Dr. Salwa Binti Ramli, Chief Assistant Director of the National Flood Forecast and Warning Center (PRABN) from the Department of Irrigation and Drainage Malaysia (JPS). Also present during the KARIB Briefing session were representatives from project consultants, Ms. Fong Chuen Far,  Project Manager of ERE Consulting Group Sdn Bhd, representatives from the Ministry of Education Malaysia, Mr. Kairil Anuar Bin Muhammad, representatives from the Pahang,  Terengganu and Kelantan State Education Departments and representatives from six schools.

28th September – 2nd October 2020 (Rakan KARIB Interview Session)

ECOMY has successfully conducted a Rakan KARIB Interview Session aimed at obtaining basic information on students 'understanding and experience of floods, knowledge of flood-related environmental issues and motivation to participate in Rakan KARIB volunteer program. A total of 355 students from six schools involved, namely SMK Seberang Temerloh, SMK Seri Bera, SMK Matang, SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Pahi and SMK Pengkalan Chepa 1 were interviewed.

bottom of page