top of page

PROGRAM SAMBUTAN HARI TAPIR SEDUNIA ‘WORLD TAPIR DAY’ 2018 PERINGKAT NEGERI SELANGOR


Sempena Sambutan Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April setiap tahun yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang konservasi spesies Tapir termasuk Tapir Malaya, satu Program Sambutan Hari Tapir Sedunia “World Tapir Day” 2018 peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 28 April 2018 di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sg. Dusun, Selangor dengan kerjasama dari Jawatankuasa Tetap Ekopelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Selangor, Universiti Putra Malaysia (UPM), Watsons, Pocotee & Friends, Brahim’s SATS Food Services, Ecotourism & Conservation Society Malaysia (ECOMY), agensi-agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Persatuan Benih Hijau. Program ini mencatatkan tahun kedua sambutan Hari Tapir Sedunia Peringkat Selangor. Tema sambutan tahun ini ialah ”Save Earth Save Tapir”.

Program ini dihadiri oleh 700 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar universiti UPM, kakitangan agensi kerajaan dan swasta.

Dalam majlis sambutan ini juga, satu sesi penyerahan Mock Cheque oleh Brahim’s SATS Food Services kepada Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor sebagai sumbangan perolehan makanan Tapir dan penyerahan Mock Cheque oleh Malaysian Unity of Culture (MUOC) kepada Malaysian Nature Society (MNS) telah diadakan. Program tersebut tamat pada jam 1 tengah hari.

Bersempena program Sambutan Hari Tapir Sedunia peringkat Negeri Selangor ini, pelajar dari SK Panchang Bedena telah mengadakan aktiviti perkhemahan Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) pada 27 hingga 28 April 2018.

Read more: https://www.wildlife.gov.my/index.php/mutakhir/286-program-sambutan-hari-tapir-sedunia-world-tapir-day-2018-peringkat-negeri-selangor

RECENT POSTS

SEARCH BY TAGS
ARCHIVE
bottom of page