top of page

Rakan KARIB Sesi Orientasi Nov 2020 - Jan 2021

Pihak ECOMY telah menjalankan Program Orientasi bagi Program Rakan KARIB secara atas talian untuk memperkenalkan peserta mengenai kesedaran banjir. Fasilitator berkomunikasi dengan peserta Rakan KARIB melalui medium whatsapp yang telah ditubuhkan mengikut sekolah masing-masing.


Peserta diberi pendedahan mengenai maklumat banjir, masalah banjir berkaitan dengan persekitaran dan sistem peringatan banjir sebagai saranan dan galakan kepada mereka untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan Rakan KARIB. Program orientasi ini juga adalah usaha untuk penyesuaian diri antara ahli Rakan KARIB dengan fasilitator.



3 - 7 November 2020

Rakan KARIB Tugasan Pertama


Tugasan pertama bagi Program Orientasi merupakan sesi pengenalan diri peserta dalam bentuk rakaman video. Aktiviti ini merupakan satu wadah bagi peserta Rakan KARIB dari 6 buah sekolah yang terlibat mengenali antara satu sama lain sebagai asas pembinaan sebuah pasukan sukarelawan Rakan KARIB yang dapat bekerjasama dengan baik pada masa akan datang. Setiap peserta Rakan KARIB akan memperkenalkan diri, hobi dan cita-cita dengan cara yang paling kreatif secara berkumpulan. Setiap kumpulan memiliki maksimum 10 orang ahli kumpulan.



18 - 30 November 2020

Rakan KARIB Tugasan Kedua


Tugasan kedua pula adalah sesi perbincangan Rakan KARIB bersama berkumpulan dengan memberi ulasan serta pemahaman dari filem ‘Flood’ (https://www.youtube.com/watch?v=re5_0tZ4-7w) di mana peserta akan menonton filem dan membuat rumusan serta perkaitan dengan banjir di Malaysia berdasarkan pemahaman masing-masing mengenai filem tersebut. Perbincangan tersebut boleh dihantar dalam bentuk video, poster, lukisan dan lain-lain mengikut inisiatif kumpulan masing-masing.



9 Disember 2020 - 1 Januari 2021

Rakan KARIB Tugasan Ketiga


Tugasan ketiga pula adalah sesi pengolahan idea kreatif dan inovatif dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula bagi memelihara alam sekitar. Peserta Rakan KARIB menghasilkan video mengenai ciptaan kreatif dan inovatif mengikut tema ‘Bumi yang Hijau’ secara berkumpulan dengan usaha pemeliharaan menggunakan barangan kitar semula dalam usaha mengurangkan sampah bagi pemeliharaan alam sekitar. Video yang dihasilkan mengikut tema lagu ‘Don’t Rush Challenge’ sambil menunjukkan hasil ciptaan tersebut.



RECENT POSTS

SEARCH BY TAGS
ARCHIVE
bottom of page